Primadonna


Story Primadonna Linkies Stuff
Le Girl

Assalamualaikum. AHLAN WA SAHLAN to this blog. Do follow me :D


Scream!

To Study The Abnormal is The Best Way of Understanding The Normal

Master!



Gelombang Listen

Baru-baru ni aku ada dengar pasal isu Listen Listen Listen on twitter, facebook and others social networking. Sampaikan perkataan Listen jadi trending kat twitter..fuhhh.. Memang ombak Listen. Sebelum tu, tarik nafas dalam-dalam. relax. apa yang akan aku katakan ini bukan untuk mengkritik sesiapa pon. ni pendapat aku.
aku dah tengok sendiri video rakaman antara indian girl dengan moderator forum tu. pasal pendidikan percuma rupa-rupanya. ok2. sebelum tu aku nak cakap. YES I AM STUDYING IN MALAYSIA WITH NO FEES. It means no charge and free. everything is free. starting from primary school. aku dapat pinjaman buku teks. tiada yuran persekolahan. cuma bayar alat tulis sendiri mahu pakai je dgn uniform sekolah.. Alhamdulillah Allah limpahkan rezeki pada keluarga aku . cukup makan cukup pakai. waktu tu kerajaan Malaysia dah pon isytiharkan buku teks percuma untuk semua pelajar.
ok. naik sekolah menengah. yes. sekali lagi aku dapat skim pinjaman buku teks. tiada bayaran yuran sekolah. 
"ang cakap banyak. yuran tiap2 tahun bapak che' bayaq tu pekebendanya"
relax bro. itu yuran PIBG. stands for PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU.
nampak tak perkataan yang aku dah highlight tu. hurmmm... fikir sejenak. yuran ni lah yang perlu dibayar untuk tuition, program motivasi, ceramah agama and et cetra.
ada tak kalau sekolah nak buat program motivasi panggil penceramah luar yang best2 tu  minta korang bayar?? xde kan. ni baru sikit. 1 tahun kerajaan Malaysia turunkan subsidi untuk setiap sekolah2 kebangsaan di Malaysia lebih daripada RM 100K. 
"mana kau tahu. memandai je."
aku tahu sebab..cuba fikir sekali lagi. kertas exam korang tu..ada kena bayar tak? xde kan? so situlah duit2 tu digunakan. 1rim kertas anggaran harganya rm10. (sekolah guna kertas kualiti ok.) sekali exam perlukan berkotak2 rim kertas A4. andaikan 1 tahun sekolah guna 30 kotak. cuba kalikan sikit. ni belum lagi kos fotokopi, binding, laminate and whatsoever tu. belum lagi kos ink and machine photostate yang akan digunakan. 1 catridge ink machine photostat harganya RM300. kalau guna 10 catridge setahun.. haaa...amikkau.mahal wooo..
belum lagi perbelanjaan sekolah aliran teknik, vokasional, kemahiran, mara dan sbp tu. sekolah2 ni lagi memerlukan perbelanjaan yang banyak. kalau korang salah sorang student vokasional aliran automotif. ada tak korang kena bayar semua komponan pembaik pulih kenderaan tu? takde kan? so bersyukur...
yang mana sekolah berasarama tu. korang cuma bayar duit makan rm 3 sehari. (ni bayaran yang paling mahal sebab gaji parent melebihi rm 3000). sebenarnya peruntukan makanan korang, sehari melebihi RM10. kalau sebulan?setahun? haa darabkan la. kalau banyak sangat cakap. haaa bayar sendiri. xpayah guna subsidi kerajaan.
ok lain-lain hal. masuk bab universiti. orang kata what comes around goes around. kira give and take la. kalau koarang blajar rajin, keputusan bagus sure belajar kat universiti FREE.
contoh. aku pelajar asasi. KPT bagi aku biasiswa se-semester RM1250. tu 1 semester. kalau 4 semester?RM5000. tu baru seorang. kalau ada 10k pelajar kat asasi uia tu?kalau ada 1j pelajar asasi di ipta? yuran pendaftaran rm550 dikenekan sebab korang belajar guna lab.sama ada sains lab or computer lab.then bahan yang korang guna tu mana datangnya? servis klinik and charge perubatan korang kat universiti tu ingat senang-senang turun dari langit? insurans keselamatan korang kat universiti? sebabtu lah kena bayar yuran pendaftaran.
"ek eleh. ko pandai. masuk ipta. memangla."
silap kata-kata kau. kakak aku salah sorang pelajar ipts. yuran 1 semester melebihi RM3000. belum masuk yuran hostel lagi. PTPTN memang bantu student. tapi student yang dibantu tu tak sedar diri. gunakan duit tu untuk berfoya-foya. bila result jatuh teruk, PTPTN tarik balik bantuan pinjaman, time ni lah korang hentam kerajaan kaw2 punya. minta pendidikan percuma la.sebelum tu korang takde pulak kan nak pikir jaga keputusan dengan baik dan cemerlang and berjimat guna duit tu. kalau yang dapat pinjaman sampai habis degree. bila kerja tak reti pula nak bayar. bukan ke PTPTN ada menyatakan kalau dapat ijazah kelas pertama, pinjaman korang akan dapat discount?. something like that la.. 
miss (sapa ntah yang cakap pasal negara lain ada pendidikan percuma tu) minta hanya 10 billion. aku rasa nilai tu belum tentu dapat menampung pendidikan percuma korang tu. nonsense. ok negara luar bagi pendidikan percuma sebab diorang perlu bayar cukai yang tinggi. 
ayah aku seorang pekerja di sektor swasta. gajinya tiap2 bulan perlu dibayar cukai kepada kerajaan.kalau gaji  hampir enam ribu pada korang mesti banyak kan? ayah aku kena bayar hutang kereta, bil2 rumah, hutang rumah, yuran pendidikan kakak aku (ipts) duit belanja barang rumah. duit minyak kereta. cukai pendapatan 6%. zakat pendapatan. korang rasa banyak ke bakinya? sebab tu lah kita kena berjimat. ayah aku tak pernah merungut pasal pendidikan berbayar ni. 
aku bersyukur dengan rezeki dan bantuan yang aku dapat. kerajaan banyak bantu aku. dari sekolah sampai ke universiti. kerajaan Malaysia banyak bantu rakyat. baucer rebet smartphone,baucer buku, kad diskaun 1malaysia, duit rm 100, BR1M, bantuan anak felda, duit pencen, dan macam2 lagi. kerajaan banyak bagi sumbangan pada rakyat. tapi rakyat sumbangkan apa pada kerajaan? nak fight tu x salah. tapi biar betul caranya. tak semua kita kena angguk dan tak semua kita kena geleng. 
aku beri pendapat. suka hati korang la nak ulas apa pada pendapat aku ni. apa2pon.
Peace No War No Revenge  :)

Labels: , , ,