Primadonna


Story Primadonna Linkies Stuff
Le Girl

Assalamualaikum. AHLAN WA SAHLAN to this blog. Do follow me :D


Scream!

To Study The Abnormal is The Best Way of Understanding The Normal

Master!



FRIENDSHIP








K A W A N
kawan a.k.a teman

bila bercerita tentang kawan, pelbagai benda yang dapat kita fikirkan. rakan suka, duka, tangis, rakan untuk  kita luahkan perasaan yang terpendam, rakan a.k.a teman tapi mesra........eh eh.....dah lain dah ni..
*out of focus kejap.ngeee...........  :D

tanpa kawan kita tidak akan dapat merasa apa itu erti kehidupan. pangalaman suka duka pahit manis...semuanya bermula apabila kita berteman ataupun berkawan. 
*bukan nak kata family x penting ye..oh itu salah sama sekali
  jap jap....kenapa ayat aku mushy sangat hari ini..ok tukar mood

***********************************************
kau ada teman yang boleh kau jadikan dia sebagai tempat kau mengadu if something bad happened?
kau ada teman yang boleh bantu kau tika kau susah?
kau ada teman yang kau boleh jatuh bangun duduk berdiri sama sama dengan kau?

cuba menung sejenak. <--- tutup mulut kalau ye pon....takut masuk lalat kang..

ok..semuanya bermula dari sahabat.

aku ada kawan yang ada semua kriteria tu.bukan nak riak atau pon bongkak. tapi, realiti beb. nak cari kawan macam ni bukan senang.

once upon a time..di kala malam, sedang semua orang enak di ulit mimpi yang indah..
maka...pada hari itu..aku telah mengalami stress (kalau setan tak hasut konfem takkan jadi). orang kata kalau stress ambil wudhu' untuk lega. tapi entah kenapa waktu itu aku alpa akan hal tersebut. 
*kenapa bersastera sangat nih

thanks alot to my friend yang sudi membaca sms aku pada kala itu.. dia sanggup call aku (kedit dia habis jadi dia guna fon rumah)..malangnya ketika itu mood untuk aku berborak memang tahap emergency je.kalau leleh kang lain pula ceritanya. jadi aku hanya mahu ber sms sahaja. dia sanggup menahan mata untuk membaca semua luahan hati...wahhhh....terharunya....sob2  :'(

*********************************************

kalau kawan yang macam kat atas ni mesti kau pon ada kan?
sebenarnya itu hanya lakonan yang ditambah..

teman bukan sahaja mempunyai kriteria yang aku tulis pada awal2 entry ni je. kawan juga orang yang paling memainkan peranan penting untuk membawa kita ke jalan yang lurus. bukannya jalan kalau korang sesat dia boleh bantu..means di sini dia boleh membawa kebaikan dan faedah pada kau. mendorong kau ke arah kebaikan. bukan kejahatan. kalau takat yang kat atas tu...ramai yang ada...kat atas tu pon penting juga. tapi lagi penting apabila kawan itu sanggup menegur kesahan kita.. walaupun pahit untuk dia menyatakan perkara yang benar, tapi hasilnya pasti akan manis..percayalah..

aku tahu kau x paham apa aku tulis ni.. feel free to skip this entry. x paksa pon nk baca..tapi kalau faham boleh keep reading.. :D

*****************************************
ramai yang tanya.. 
"kau ada teman yang istimewa"
maka ..jawapan dalam skema buku hidup aku.
"tiada yang istimewa kecuali keluarga dan suami aku nanti"
ayat diatas bukan nak menunjuk kerek atau poyo atau menggelabah atau seumpama dengannya.
tapi cuba fikir balik..

firman ALLAH S.W.T
"Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (Surah An-Nur : 26)


naaa... nampak tak... jelas lagi nyata..semuanya sudah tertulis olehNYA.. maka. wahai wanita di luar sana. jagalah maruah anda.
berteman boleh tapi berpada pada..bukannya berteman langsung jadi berkasih dan seterusnya berpacaran.






  lihat lah. renunglah ...video ini yang cantik...oppsss..ternyanyi pula..tak pe korang bukan dengar pun aku nyanyi sedap ke tak..kui3...

saja je nak sharing2..aku taw korang dah taw pon pasal ni...tapi saja nak ingatkan balik bagi sesiapa yang dah lupa.

huhu...mataku sudah mahu beradu..maka...selamat malam kawan.

sebelum tidur mesti set jam loceng ... tapi.. zati izni selalu jd orang yang tutup alarm tersebut. sebab tuan punye jam tak reti nak sedarkan diri.


:D

nak kongsi satu benda

why should we fall in love with an engineer???

Because our love is bounded by two curves known as respect and loyalty. To make it solid, we revolve it about axis of rotation called life. We make our partners the centeroid of our attention, and finally, we do integrate God our plans and gives our love with definitely no limits.



naa...omputih yang cakap ayat kat atas ni..
korang perasan tak perkataan yang warna kuning tu sume bahasa engineering people.
yang warna merah tu perasan tak..naa...di situ permainannya..
kenapa perlu partners..bukannya partner?
plural tu...amboi..banyaknya partner..

sapa yang dah mabuk kepayang.. haila..buat sakit kepala maa.....
baikla simpan tenaga tu untuk orang yang memang betul2 berhak...

ok..last...seriusly ni yang last

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v




WASSALAM.. PEACE NO WAR NO REVENGE

:D

*actually...aku ade teman yang sanggup temankan aku pegi toilet memalam buta kat hostel..kau ade?? huhu  ^_^v



Labels: , ,